PETALING JAYA: Kerajaan disaran bekerjasama dengan golongan agamawan yang disifatkan mampu membantu meyakinkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata, sokongan golongan agamawan terhadap program vaksinasi penting kerana pandangan mereka sering dihormati dan diterima oleh masyarakat. Namun, menurut beliau, jika ada pihak tertentu yang menyebarkan sentimen negatif, ia…