Parlimen Iran lulus pelan hapus empat sifar daripada mata wang negara

Parlimen Iran lulus pelan hapus empat sifar daripada mata wang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Parlimen Iran pada Ahad meluluskan satu pelan untuk menghapuskan empat sifar daripada mata wang kebangsaan, rial, selepas nilainya merosot teruk akibat sekatan antarabangsa yang dikenakan semula terhadap negara itu.

Menurut laman web rasmi Parlimen, rang undang-undang tersebut diluluskan dua bulan selepas sebuah jawatankuasa Parlimen menghidupkan semula cadangan lama yang bertujuan memudahkan urus niaga harian.

Berdasarkan pelan itu, 10,000 rial sedia ada akan digantikan dengan satu rial baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua mata wang lama dan baharu akan digunakan serentak dalam masa tiga tahun, manakala Bank Pusat Iran diberikan tempoh dua tahun untuk melaksanakan peralihan tersebut sepenuhnya.

Nilai rial dilaporkan terus merudum ke paras terendah baharu dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut penjejak pasaran gelap, berikutan penguatkuasaan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Iran.

Bulan lalu, Britain, Perancis dan Jerman, negara penandatangan kepada perjanjian nuklear 2015 yang kini terbengkalai mencetuskan mekanisme ‘snapback’ bagi mengembalikan sekatan antarabangsa susulan ketidakpatuhan republik Islam itu terhadap perjanjian berkenaan.

Pada Ahad, mata wang rial diniagakan pada kira-kira 1,115,000 bagi setiap dolar AS, berbanding sekitar 920,000 apabila pelan itu dihidupkan semula pada awal Ogos.

Cadangan penamaan semula mata wang itu pertama kali dikemukakan pada 2019, namun kemudian ditangguhkan.

Pelaksanaan rasmi pelan tersebut masih memerlukan kelulusan Majlis Penjaga (Guardian Council) serta tandatangan Presiden, Masoud Pezeshkian sebelum dapat dikuatkuasakan.

Dalam kehidupan seharian, rakyat Iran lazimnya menggugurkan satu sifar daripada rial dan menggunakan angka yang terhasil, yang dipanggil toman, bagi kebanyakan urus niaga harian.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini