Kedah tiada rancangan batal bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Kedah tiada rancangan batal bazar Ramadan

Ramai peniaga menjangkakan menaikkan harga jualan sehingga 30 peratus pada Ramadan tahun ini susulan kenaikan banyak barang mentah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Di sebalik peningkatan kes Covid-19 ketika ini, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk membatalkan bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ramai, saban tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau sendiri secara peribadi mengharapkan agar operasi bazar Ramadan pada tahun ini tidak terganggu.

“Saya rasa bazar Ramadan akan beroperasi seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Saya harap begitulah.

“Buat masa ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menjalankan operasi seperti biasa termasuk membuka tender untuk tapak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah serta melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Pada dua hari lalu, data yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menunjukkan kesemua 11 daerah dalam negeri ini masih berstatus merah dengan jumlah kes aktif sebanyak 33,241.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, semua pihak diharapkan dapat sama-sama berusaha dan berdoa agar kes Covid-19 di negeri ini turun secepat mungkin.

“Kes positif Covid-19 di Kedah buat masa ini kekal 2,500 sehari.

“Harap jumlah itu turun secepat mungkin dan dapatlah kita adakan bazar Ramadan mengikut SOP yang perlu dipatuhi,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN