Tiada kenaikan tarif elektrik sembilan juta pengguna domestik - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan tarif elektrik sembilan juta pengguna domestik

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik membabitkan lebih sembilan juta pengguna domestik. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik. 

“Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Semalam, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Jelas beliau, pengumuman mengenai Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) itu akan dibuat beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak perlu bimbang kerana kadar tarif baharu itu dijamin tidak membebankan rakyat terutama pemegang akaun domestik. -UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.