Kebakaran di Pulau Burung: 90 keluarga terima bantuan RM1,000 - Utusan Malaysia

Kebakaran di Pulau Burung: 90 keluarga terima bantuan RM1,000

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: SEBANYAK 90 buah keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan Pulau Burung di sini yang terjejas dengan bencana kebakaran tapak itu akan menerima bantuan RM1,000 sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Mereka merupakan keluarga yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak lebih seminggu lalu ekoran kebakaran tapak pelupusan sampah tersebut yang sudah berlanjutan sejak lebih seminggu lalu. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bantuan bencana sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga itu diharap dapat meringankan beban mereka dalam urusan seharian ketika ini. 

Ketika ini juga katanya, kesemua keluarga tersebut iaitu 38 dari Ladang Byram dan 52 lagi dari Kampung Kebun Baru masih ditempatkan di PPS walaupun tahap pencemaran udara di kawasan sekitar tapak pelupusan itu dilaporkan bertambah baik. 

“Pada masa sama, hanya sebuah sekolah masih ditutup setakat ini iaitu SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) Ladang Byram kerana sekolah itu terletak paling hampir dengan kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan. 

“Sembilan buah sekolah lagi bagaimanapun boleh kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin ini selepas ditutup selama tiga hari (Rabu hingga semalam),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar serta Desa negeri, Jagdeep Singh Deo dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab.

Selain SJKT Ladang Byram, sembilan lagi sekolah yang ditutup sebelum ini ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong; SJKT Nibong Tebal; Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa; SK Keledang Jaya; SJKT Ladang Changkat; SMK Methodist, SK Methodist dan SK Nibong Tebal.  -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya