Guru berpolitik diharap tidak ganggu profesion - iGuru - Utusan Malaysia

Guru berpolitik diharap tidak ganggu profesion – iGuru

MOHD. AZIZEE HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kebenaran untuk berpolitik yang diberikan diharap tidak tidak mengganggu tugas hakiki profesion perguruan guru-guru sekolah dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara.

Presiden Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, sekolah sewajarnya menjadi tempat bebas politik daripada agenda mana-mana parti dengan keutamaan guru adalah melaksanakan tugas perguruan dan pendidikan. 

“Pihak iGuru berharap kebenaran ini tidak mengganggu tugas hakiki seorang guru iaitu memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid serta mengelakkan sekolah dijadikan medan politik.

“Guru-guru perlu profesional dan tahu membezakan tugas sebagai guru dan aktivis politik. Ini bagi mengelakkan mereka bermasam muka akibat perbezaan pandangan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azizee berkata, iGuru bagaimanapun mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu guru sekolah di seluruh negara dan petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik atas semangat prinsip demokrasi.

“Pihak iGuru meminta kebenaran ini melalui surat pekeliling rasmi daripada Kementerian Pendidikan untuk memudahkan perkara tersebut dan kejelasan dari sudut prosedur dan syarat kebenaran berpolitik.

“iGuru juga bimbang jika kebenaran ini tidak dikawal dan diurus selia mengikut tatacara dan syarat  tertentu, ia akan mengakibatkan tugas profesionalisme guru diabaikan serta menjadi alat perkakas politik demi kepentingan pihak tertentu,” katanya.

Jelas beliau, iGuru turut mencadangkan selain berpolitik, dibenarkan juga guru gred DG 41 hingga DG 48 yang berjawatan untuk aktif dalam kesatuan dengan mengubah Akta Sekerja 1959. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya