[VIDEO] Tular wanita rotan anjing hingga menangis kesakitan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tular wanita rotan anjing hingga menangis kesakitan

TANGKAP layar rakaman video tular seorang wanita yang dilihat menangkap dan mengoncang anjing peliharaannya di Seremban 2, Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita tanpa belas kasihan tergamak merotan seekor anak anjing peliharaannya dipercayai hanya kerana menggigit kasut di sebuah rumah di Seremban 2 di sini baru-baru ini.

Difahamkan, tindakan zalim wanita itu juga sudah beberapa kali ditegur jiran kerana anjing berkenaan kerap mengeluarkan bunyi ‘menangis’ dan mengganggu jiran lain, namun, tidak diendahkan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 51 saat yang dirakamkan jiran pada 29 November lalu, menunjukkan anak anjing berkenaan yang tidak tahan dirotan cuba melarikan diri menerusi pagar kemudian ditangkap dan digoncang wanita tersebut.

RAKAMAN video tular seorang wanita yang dilihat menangkap dan mengoncang anjing peliharaannya di Seremban 2, Seremban baru-baru ini.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, jiran mendakwa pemilik haiwan peliharaan itu kerap memukul dua anak anjing di rumahnya dan video dirakam adalah kejadian kali ketiga.

“Berapa teguran sudah dibuat, namun, wanita itu masih berdegil menyebabkan jiran membuat laporan kepada Animal Malaysia dan meminta jasa baik supaya anjing berkenaan diselamatkan.

“Wanita ini dipercayai memukul anak anjing sehingga tangisannya boleh didengari di seluruh taman perumahan. Selepas beberapa kali memberi nasihat, jiran terpaksa merakam video kejadian untuk membuat aduan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arie berkata, difahamkan pasangan suami isteri berkenaan juga mengikat anjing pada pagar selama beberapa hari dalam keadaan hujan mahu pun panas terik sejak 1 November hingga 6 November lalu.

“Aduan kepada Animal Malaysia telah diterima pada 30 November lalu beserta gambar dan video sebagai bukti penderaan haiwan berkenaan. Pengadu meminta pertolongan untuk menyelamatkan dua anjing daripada pasangan ini.

“Aduan sudah dipanjangkan kepada pihak berkuasa haiwan di Putrajaya. Maklum balas diterima untuk tindakan penguatkuasaan dan siasatan, hasil kes bergantung kepada bukti penderaan untuk tujuan pendakwaan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya