Mangsa banjir Melaka meningkat 288 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Melaka meningkat 288 orang

KEADAAN banjir di Sekolah Tahfiz Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah mangsa bencana banjir kilat di negeri ini terus meningkat kepada 288 orang. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, sebanyak tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka. 

“Jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 255 kepada 288 orang sehingga pukul 4 tadi. 

“Kita juga telah menambah tiga lagi PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Sekolah Menengah Kebang (SMK) Lubok China dan Balai Raya Kampung Paya Lebar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat ekoran jumlah mangsa di dua PPS iaitu di SK Belimbing Dalam dan Balai Raya Kampung Paya Lebar masih dalam proses pendaftaran. 

“Di Alor Gajah, satu lagi kawasan dilaporkan terjejas menjadikan jumlah lokasi yang dilanda banjir kilat adalah sebanyak 10 penempatan. 

“Trend bencana ini masih menunjukkan peningkatan bagi jumlah mangsa dan PPS,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi turut meramalkan cuaca ribut petir akan melanda di satu dua kawasan pada petang ini dan hujan dijangka berterusan sehingga malam ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya