Banjir: Lima PPS dibuka di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Banjir: Lima PPS dibuka di Negeri Sembilan

PENDUDUK Taman Indah Jaya, Lukut, Port Dickson menyelamatkan diri dan harta benda mereka selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir selepas hujan lebat, awal pagi tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setakat pukul 10 pagi tadi, sebanyak lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Negeri Sembilan akibat kejadian banjir yang berlaku susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada media memaklumkan, dua buah PPS adalah di Surau Siliau Hilir di Rantau dekat sini dan Surau Keru Hilir di Tampin.

Tiga buah PPS lagi adalah di Balai Raya Kampung Jimah Lama, Balai Raya Kampung Permatang Pasir dan Balai Raya Kampung Paya, Lukut yang ketiga-tiganya di daerah Port Dickson.

“Sebanyak 274 orang mangsa keseluruhan ditempatkan di kesemua PPS tersebut setakat ini. Secara keseluruhan 29 kawasan terlibat dalam kejadian banjir di negeri ini sejak semalam dan 12 kawasan daripadanya melibatkan mangsa,” kata kenyataan itu lagi.

Seramai 169 orang pegawai dan anggota JBPM di negeri ini dari lapan buah balai bomba bagi operasi menyelamat dalam kejadian banjir setakat ini.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan memaklumkan banjir yang berlaku di negeri ini melibatkan lima buah daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Tampin, Rembau dan Kuala Pilah. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya