[VIDEO] Jeruk punca dua buah kereta berlanggar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jeruk punca dua buah kereta berlanggar

TULAR video sebuah kereta berhenti mengejut di tepi jalan utama semata-mata untuk membeli jeruk mangga sehingga menyebabkan dua kenderaan lain berlanggar. -FOTO Media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemandu kereta Waja berhenti secara mengejut semata-mata untuk membeli jeruk buah di tepi jalan mengundang padah apabila tindakan itu menjadi punca kemalangan dua buah kereta lain.

Insiden itu dirakam menerusi dashcam pemilik sebuah kereta yang terlibat.

Paling malang, pemandu tidak bertanggungjawab tersebut memecut kenderaannya untuk meninggalkan tempat kejadian selepas membeli apa yang dihajati.

First time I’ve seen this happening. Even the sellers only approach cars that are stopped at the red lights. Causing dangerous situations for nothing; this Waja,” ciapan tweetsbyjordy.

“Tenang sungguh main break tengah jalan. Kalau emergency takpelah juga. Naya kereta belakang kena sodok,” ciapan adibnik.

Video insiden dua buah kereta berlanggar kerana kereta di hadapan berhenti mengejut di tepi jalan untuk membeli jeruk mangga – video media sosial

Sebelum ini, Utusan Online pernah melaporkan, aktiviti perniagaan di lampu isyarat itu akan menyebabkan penjual dan pembeli disaman sehingga RM2,000 kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, peniaga perlu berhenti menjual di kawasan lampu isyarat dan mencari kaedah alternatif untuk menjual produk-produk mereka.
Masyarakat meminta penjaja-penjaja di lampu isyarat untuk bertukar kawasan perniagaan supaya kejadian sebegini tidak berulang kembali kerana risau akan membahayakan pemandu-pemandu disitu.

“Aku memang jenis tak support berniaga dekat lampu isyarat ni, sebab taknak menggalakkan budaya macam ni. Carilah tempat yang sesuai nak berniaga, lampu isyarat bukan tempat komersial nak menjaja. Banyak hazard kepada kenderaan dan penjual sendiri,” ciapan NassrolFahmi.

“Boleh nak meniaga dekat kawasan lampu isyarat macam ni tapi kita sendiri kena ada prinsip; ada kereta nak beli yang tiba-tiba berhenti masa lampu hijau jangan layan suruh dia jalan,” ciapan mhilmiismail. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya