Siasatan menyeluruh termasuk bunga api dan pendawaian elektrik - Utusan Malaysia

Siasatan menyeluruh termasuk bunga api dan pendawaian elektrik

WAN MOHAMMAD Zaidi Wan Isa (dua dari kiri) bersama Abd. Rahim Muda (kanan, depan) dan Mohd. Zulkifli Hashim (kiri) meninjau kesan kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Rumah menyimpan bunga api dan masalah pendawaian antara siasatan yang akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran 51 buah rumah dan 11 buah kedai di Kampung Baru Karak di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, siasatan sedang giat dilakukan daripada segenap aspek serta turut menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) jabatan berkenaan.

Jelasnya, punca utama kebakaran belum dikenal pasti tetapi siasatan hampir menjurus kepada sebuah kedai gunting tidak diduduki di kampung tersebut.

“Faktor rumah yang rapat serta bangunan kayu menyebabkan api marak dengan cepat selain masalah tekanan air rendah yang menyebabkan kesukaran mengawal api,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Baru Karak di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd. Rahim Muda; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar.

Sementara itu Abd. Rahim berkata, pihaknya memandang serius masalah tekanan air rendah yang menyukarkan pemadaman api serta masalah pendawaian elektrik di banggunan lama yang boleh menyebabkan kebakaran.

Beliau berharap perkara tersebut diberi perhatian oleh pihak terbabit khususnya masalah tekanan air rendah yang menyebabkan tugas bomba tergendala dan api merebak dengan cepat.

“Saya meminta pejabat tanah, majlis perbandaran dan bomba mengenal pasti kawasan yang selalu berlaku tekanan air rendah, selain itu Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sendiri memastikan melakukan pemeriksaan berkala dan lebih kerap,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya