Bob Lokman jalani rawatan laser pulihkan jantung - Utusan Malaysia

Bob Lokman jalani rawatan laser pulihkan jantung

KEADAAN Bob Lokman selepas menjalani rawatan laser untuk memulihkan keadaan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani rawatan laser untuk memulihkan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Isnin lalu.

Bob atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman memberitahu, beliau terpaksa menjalani rawatan itu untuk menutup jantung bahagian atas yang rosak.

“Alhamdulillah, saya sihat. Doktor kata keadaan jantung saya kini stabil walaupun bengkak sedikit sebab buat laser semalam dan akan pulih dua tiga hari lagi.

“Doktor masih pantau keadaan saya insyaAllah kalau keadaan semakin pulih dua tiga hari nanti saya boleh keluar wad,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Bob, dia menerima rawatan lanjut di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital itu sejak lima hari lalu.

“Saya ke Kedah untuk jalani rawatan susulan setelah lama tertangguh namun dimasukkan ke CCU sebab jantung saya di bahagian atas bergerak terlalu laju dan tidak stabil.

“Alhamdulillah saya rasa jantung saya semakin baik,” katanya.

Jelas Bob, dia sepatutnya ke hospital berkenaan untuk rawatan susulan enam minggu lepas namun terpaksa ditangguhkan ekoran peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

“Seminggu lepas barulah saya dapat ke sini dan buat pemeriksaan. Bila periksa doktor cakap degupan jantung saya tak normal dan syor buat laser.

“Alhamdulillah Tuhan permudahkan semua. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya,” katanya yang ditemani isteri, Relawati Daud, 43, dan dua anaknya berusia sembilan dan tujuh tahun.

Bob menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada hujung tahun lepas.

Bob mempunyai masalah jantung sejak 1998 sebelum itu dimasukkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya