Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan - Utusan Malaysia

Usah jadikan bendera putih isu ganggu usaha kerajaan

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri (tengah) menyerahkan bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Hishamuddin Abdul Karim di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Kuala Nerus. -UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan tidak mahu kempen bendera putih dijadikan isu hingga boleh mengganggu usaha mendekati golongan yang memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang lebih mustahak ialah semua pihak perlu mencari kaedah terbaik bagi memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan sasar.

Katanya, semua langkah perlu dilakukan untuk melindungi seramai mungkin yang terjebak dengan masalah kemurungan, stres mahu pun emosi tidak stabil.

“Saya tidak kata salah atau betul (kibar bendera) tetapi yang mustahak, kita cuba mencari jalan terbaik sama ada melalui berdoa, ikhtiar atau kaunseling.

“Usaha ini juga melibatkan agamawan serta kaunselor dengan cara masing-masing dan kita akan membantu masyarakat yang tidak stabil emosi di samping jiwa,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkifli menyerahkan 200 pek bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

Kempen mengibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan mendapat sambutan hangat di media sosial sejak kelmarin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan 160 kaunselor bagi membantu orang ramai mengatasi isu kemurungan dan stres melampau ketika ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya