Selangor tolak laksana PKP penuh - Utusan Malaysia

Selangor tolak laksana PKP penuh

Jumlah ujian saringan Covid-19 merekodkan trend meningkat dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor tidak mahu melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyeluruh di negeri itu dengan alasan kadar kebolehjangkitan masih rendah berbanding negeri lain iaitu Kelantan dan Pahan

Pengerusi Pasukan Khas Covid-19 Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad pada sidang akhbar menerusi Facebook hari ini berkata, pasukannya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak.

“Selangor bukanlah paling parah kes Covid-19 kerana negeri ini menduduki tempat keempat selepas Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak dari segi nisbah penduduk.

“Selain itu, kebolehjangkitan juga bukanlah tinggi berbanding negeri lain,” kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly.

Kenyataan Dzulkefly tersebut susulan  kerajaan barau-baru ini mempertimbangkan untuk melaksanakan PKP secara `total’ di Selangor jika angka harian pesakit baharu terus tidak turun.

Semalam Selangor merekodkan kadar maut akibat Covid-19 tertinggi dengan 18 kes daripada kematian keseluruhan 47 kes.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor berkata,  pembelian vaksin untuk negeri itu berada di p fasa akhir dengan jangkaan sebanyak dua juta dos bakal diperoleh rakyat.

Bagaimanapun, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jenis vaksin dan kaedah agihan suntikan hanya akan diputuskan sebaik semua perjanjian dimuktamadkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya