Gangguan bekalan air tidak berjadual - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air tidak berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di tujuh wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula pagi tadi.

Dalam kenyataan media Air Selangor, pihaknya henti tugas keempat-empat LRA ini terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas pagi tadi. LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) juga terpaksa dihenti tugas.

“Senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang rasmi kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya