fbpx

28 November 2021, 11:13 am

  TERKINI

Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail dibina di Muar

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mendengar penerangan mengenai pembinaan pusat belia yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua dari kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani (dua dari kiri). - FACEBOOK HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa baginda akan membina satu lagi pusat belia di Muar.

Tunku Ismail bertitah, baginda telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk meluluskan penggunaan tanah bagi pusat belia itu dan akan dinamakan sebagai Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail.

“Saya akan membina satu lagi pusat belia sejajar dengan inisiatif dan visi yang saya telah umumkan pada tahun 2018 untuk membinanya di setiap daerah negeri Johor. 

“Yang pertama kini sedang dalam proses pembinaan di Hutan Bandar, Johor Bahru dan akan dinamakan Pusat Belia Raja Zarith Sofiah,” titah baginda dalam hantaran Facebook HRH Crown Prince Of Johor hari ini.

Titah baginda, tujuan pembinaan pusat belia ini adalah menyediakan kemudahan untuk anak-anak muda menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti belia. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI