Polis Thailand tahan rakyat Malaysia bawa 166kg syabu

Polis Thailand tahan rakyat Malaysia bawa 166kg syabu

POLIS Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand memeriksa bagasi dibawa seorang rakyat Malaysia yang kemudian menemukan 166 kilogram syabu pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRACHUAP KHIRI KHAN (THAILAND): Polis Thailand me­ram­pas sebanyak 166 kilogram (kg) syabu selepas menahan seorang rakyat Malaysia di hadapan sebuah kedai serbaneka di Mukim Hua Hin di sini pada Sabtu lalu.

Suspek, Julian Ong Hwei Shen, 20, ditahan pada pukul 12.30 tengah malam semasa sedang memandu sebuah kereta mewah.

Penguasa Balai Polis Hua Hin, Kolonel Kampanat Nawichai berkata, bertindak atas mak­lumat, sepasukan anggota telah mengesan kereta yang disyaki membawa sejumlah besar dadah dari daerah ini untuk dihantar ke wilayah selatan termasuk Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, menyedari keha­diran polis, suspek telah ber­tindak memecut laju untuk me­larikan diri namun berjaya ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Mukim Hua Hin.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan tiga beg pakaian berkunci di dalam kereta itu tetapi suspek mendakwa ia bukan miliknya dan tidak tahu kod untuk membukanya.

“Suspek dan kenderaan itu kemudian dibawa ke pusat pemeriksaan. Dengan perse­tujuan suspek, beg pakaian tersebut dibuka di hadapannya, sekali gus mendedahkan sejumlah besar narkotik kategori satu jenis syabu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kampanat berkata, suspek mengaku dalam perjalanan ke wilayah Selatan Thailand sebelum menyeludup dadah tersebut ke Malaysia.

“Suspek ditahan bersama dadah yang dirampas dan di­serahkan ke Balai Polis Hua Hin untuk prosiding undang-undang,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN