Wanita diserang, seorang penuntut universiti swasta ditahan

Wanita diserang, seorang penuntut universiti swasta ditahan

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang wanita kini terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sejak tiga hari lalu selepas mengalami cedera parah akibat diserang seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 34 tahun diserang dengan senjata tajam ketika menginap di sebuah unit penginapan jangka pendek di sebuah apartment di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, keadaan mangsa kini kritikal namun, stabil.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga penuntut sebuah universiti swasta.

“Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 16 April ini bagi membantu siasatan. Selain itu, 10 keterangan saksi telah diambil.

“Keputusan ujian air kencing suspek adalah negatif dan suspek juga tiada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubungan.

Norhizam berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Azroy Amran di talian 014-2723342 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN