Rempuh pusat hiburan guna lori

Rempuh pusat hiburan guna lori

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekumpulan lelaki bertindak merempuh pintu pagar sebuah pusat hiburan di Cheras dekat sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam menggunakan lori.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis sedang memburu kesemua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian khianat dan rusuhan itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 7.30 malam semalam.

“Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan.

“Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan dalam premis tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fadil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN