PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta daripada pengarah syarikat pembekal pasir sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan rasuah syarikat tersebut. Penahanan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dilakukan secara berasingan antara pukul 2 petang dan 8 malam semalam di sebuah restoran sekitar Pulau Pinang dan di pejabat SPRM Pulau Pinang. “Siasatan…










