KLANG: Ayam, daging babi dan sirip ikan yu yang ditemukan dalam tujuh kontena berjumlah 148.56 tan metrik dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dalam dua kes berasingan dekat Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Utara di sini, baru-baru ini. Pengarahnya, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, kesemua makanan sejuk beku dan kering itu bernilai RM10.47 juta termasuk cukai itu cuba dibawa masuk antara Januari hingga bulan lalu sebelum dikesan sekitar 6 Februari…










