KUALA LUMPUR: Seramai 191,832 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menerima rawatan serta pemulihan di seluruh negara sepanjang tahun 2025. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, angka terbabit menunjukkan sedikit penurunan kira-kira 0.5 peratus pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya iaitu 192, 857 orang namun penyalahgunaan bahan terlarang itu masih membabitkan pelbagai peringkat umur. “Berdasarkan statistik 2025, tiada kes penagih membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga…










