Samun berkumpulan: Enam termasuk tiga anggota polis bebas jaminan

Samun berkumpulan: Enam termasuk tiga anggota polis bebas jaminan

Siasatan pelakon
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam lelaki termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di daerah Gombak pada 27 Februari lalu dibebaskan dengan jaminan, hari ini. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, semua suspek yang terdiri daripada tiga penjawat awam dan tiga orang awam itu dibebaskan dengan jaminan polis. 

“Kesemua suspek yang direman sehingga hari ini akan dibebaskan dengan jaminan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Media semalam melaporkan dua pegawai kanan dan seorang anggota polis antara enam lelaki yang diberkas bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan di Gombak dalm kejadian  kira-kira 7.30 pagi pada 27 Februari lalu.

Shazeli dilaporkan berkata, kesemua suspek ditahan dalam operasi khas bermula 2 Mac lalu dan pemeriksaan mendapati salah seorang suspek awam yang ditahan mempunyai 20 rekod jenayah lampau.

Beliau dilaporkan berkata, keenam-enam suspek kini direman sehingga 8 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM11,498 serta beberapa barang kes lain. Antara yang dirampas termasuk sebuah kenderaan Mercedes-Benz, sebuah Chery Omoda 5 dan sebuah van jenis Toyota Hiace,”.

“Turut dirampas tiga helai vest bertulis ‘Polis’, dua ketulan emas seberat 100 gram serta 13 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN