PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diselesaikan dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk pertuduhan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM kini sedang menunggu pelaksanaan pertuduhan oleh AGC ke atas kedua-dua pegawai kanan JAS berkenaan dalam masa terdekat. Katanya, kertas siasatan terhadap Ketua Pengarah JAS telah dibentangkan pada 26 Februari lalu manakala bagi Timbalan…











