Siasatan terhadap Goh Hwan Hua masih berjalan - AGC

Siasatan terhadap Goh Hwan Hua masih berjalan – AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan siasatan terhadap ahli perniagaan, Goh Hwan Hua dan syarikat i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. masih belum selesai serta dalam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

AGC dalam kenyataan berkata, kesalahan yang disiasat melibatkan transaksi komersial dan aliran wang yang kompleks yang belum lengkap.

Katanya, AGC masih memantau serta meneliti perkembangan siasatan berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, pihak penguat kuasa telah pada awalnya menyita harta syarikat i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. serta beberapa syarikat lain yang berkaitan sebanyak RM118.7 juta pada 11 November 2021, bukan pada November 2023 sebagaimana dilaporkan.

“Bagaimanapun, harta sitaan tersebut telah dilepaskan selepas syarikat i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. dan syarikat lain yang berkaitan dikenakan kompaun,” katanya.

AGC turut memaklumkan, tindakan penyitaan harta yang berkaitan dengan syarikat berkenaan dilaksanakan antara Oktober hingga Disember 2023 oleh PDRM melibatkan nilai RM71.3 juta.

Katanya, harta sitaan tersebut telah dilepaskan antara Oktober hingga Disember 2024 selepas PDRM tidak dapat menunjukkan dengan kukuh bahawa harta itu merupakan hasil daripada satu kesalahan.

“Pada waktu ini, tiada apa-apa lagi harta yang berkaitan syarikat i-Serve Online Mall Sdn. Bhd. yang masih dalam sitaan pihak penguat kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN