SHAH ALAM: Tujuh pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta dan menerima rasuah. Kesemua direman itu disyaki meminta dan menerima kira-kira RM15,000 sebagai balasan bagi mempercepat permohonan dan memperbaharui lesen perniagaan. Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Mahkamah Majistret, di…










