SHAH ALAM: Suspek kes culik dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan dekat Jalan Bakawali, Bukit Sentosa di Hulu Selangor pada Khamis minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu selewat-lewatnya esok. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah pun lengkap dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya sebelum menerima arahan supaya pertuduhan dilakukan. “Pertuduhan akan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Insya-…










