SHAH ALAM: Polis mengesahkan kertas siasatan terhadap seorang pelakon yang sebelum ini didapati positif dadah sudah pun dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun polis menerima arahan supaya kertas siasatan tersebut ditambah baik sebelum diserahkan kembali ke Timbalan Pendakwa Raya. “Kertas sasatan dilengkapkan dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya, dengan mendapat beberapa arahan untuk dilengkapkan lagi. Justeru dalam tempoh tersebut, polis…










