KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai kanan polis dengan menahan tiga individu termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, minggu lalu. Tangkapan itu dibuat susulan laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada 10 Januari lalu daripada seorang penuntut wanita berumur 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa penipuan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten…










