KLANG: Lagi kes bunuh dilaporkan di negeri ini apabila seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sini, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa merupakan seorang warga tempatan berusia 31 tahun. Menurutnya, maklumat diterima daripada orang awam oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 7.26 pagi. “Semakan rekod mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau, melibatkan dua kes…










