KLANG: Dua kontena membawa daging babi dari Belgium bernilai RM873,000 disita oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Pelabuhan Barat di sini, semalam kerana melanggar peraturan import berkaitan ternakan. Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pengimport menggunakan fasiliti yang tidak diluluskan membabitkan kontena berisi daging babi itu. “Sepanjang bulan ini, jumlah rampasan melibatkan daging itu di Pelabuhan Klang mencecah kira-kira RM2 juta,”…











