14 ajaran sesat dikesan masih aktif

14 ajaran sesat dikesan masih aktif

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 154 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak tahun 1950 hingga kini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 114 ajaran sesat yang dikenal pasti serta diberi tumpuan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 

Katanya, ajaran sesat antara ancaman terhadap keselamatan negara selain isu rasuah membabitkan penjawat awam. 

“Sebanyak 14 ajaran sesat dikesan masih aktif manakala lapan dalam pemantauan pihak berkuasa. 

“Antaranya Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Dewan Perkasa Ekonomi Islam, Millah Abraham, Nur Mutiara Mutmainnah, The Ahmadi Religion of Peace and Light..,” katanya ketika ceramah bertemakan Perpaduan Keselamatan dan Keberkatan sempena program tahunan Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa malam semalam.

Mengulas mengenai isu rasuah, katanya, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap isu rasuah dalam kalangan anggota pasukan itu bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat.

Beliau berkata, isu rasuah merupakan ancaman serius kepada nilai integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap isu rasuah dalam warga sendiri kerana integriti adalah kunci utama untuk mendapatkan semula kepercayaan penuh masyarakat terhadap pasukan keselamatan,” katanya. 

Beliau turut menyeru orang ramai untuk memanfaatkan teknologi moden menerusi sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai saluran penyaluran maklumat yang pantas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×