SHAH ALAM: Taktik tiga warga Vietnam bersahabat mengaburi pihak berkuasa dengan menyamar sebagai penjual kek bagi melindungi aktiviti pemberian cap pasport palsu terbongkar. Kegiatan mereka dekat sebuah rumah teres di Taman Sri Andalas, Klang itu dihidu pasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menerusi risikan selama dua minggu. Pengarahnya, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, susulan risikan, tiga suspek terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 26 hingga 40 tahun ditahan…










