PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang lelaki warga India yang menyalah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan bekerja sebagai pemandu pelancong sejak seminggu lalu. Penahanan lelaki berusia 23 tahun itu dilakukan pada Jumaat lalu selepas dia dikesan menerima kadar upah RM80 bagi setiap trip perjalanan. Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, lelaki terbabit yang baharu saja bekerja sebagai pemandu pelancong ditahan pada di Kilometer 9 Jalan Klang, Banting…










