PETALING JAYA: Pas sentiasa bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan dasar serta mengatasi sebarang kekeliruan yang timbul. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebarang pandangan terhadap Pas wajar dijernihkan melalui dialog terbuka, bukannya berdasarkan persepsi yang tidak lengkap. “MCA sendiri pernah bekerjasama dengan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengetahui secara dekat pendekatan Pas ketika mentadbir. “Sepanjang tempoh kerjasama itu, tidak pernah timbul sebarang konflik besar…










