GEORGE TOWN: Lelaki warga asing disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang wanita dan anak perempuannya di Kampung Sekolah, Juru pada 18 Oktober lalu, akan dituduh di mahkamah minggu depan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pendakwaan. “Siasatan sudah selesai dan (polis) sedang menunggu arahan selanjutnya. Suspek terlibat akan didakwa minggu depan,” katanya…










