Pengawal keselamatan liwat ‘oyen’ ditahan polis

Pengawal keselamatan liwat ‘oyen’ ditahan polis

Liwat kucing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang warga Nepal ditahan selepas disyaki meliwat dan melempar seekor kucing di sebuah pangsapuri di Kota Kemuning di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima aduan daripada pasangan suami isteri yang mendapati lelaki terbabit sedang meliwat seekor kucing tanpa seurat benang.

Menurutnya, ketika itu, pengadu bersama suaminya baharu pulang ke rumah dan masih berada dalam kereta, namun melihat kejadian itu berlaku di tingkat empat pangsapuri berkenaan.

“Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur perbuatan suspek. Bagaimanapun lelaki berusia 33 tahun itu terus mencampakkan kucing terbabit ke bawah sebelum melarikan diri.

“Kejadian tersebut turut dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbitnya. Bagaimanapun, kucing itu dipercayai masih hidup,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, pihaknya menerima laporan daripada pengadu kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam sebelum menahan suspek yang juga pengawal keselamatan itu pada pukul 4.45 pagi.

Siasatan awal mendapati, suspek berada di bawah pengaruh alkohol ketika melakukan perbuatan berkenaan.

“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan. Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN