Polis siasat permainan video, media sosial suspek tikam pelajar

Pelajar ditikam: Polis siasat pengaruh permainan video, media sosial

Pengaruh permainan video
SHAZELI Kahar ditemui pemberita selepas melawat premis-premis perniagaan dalam Program Walkabout Ketua Polis Selangor Bersama Usahawan Little India Sempena Sambutan Deepavali 2025 dekat Jalan Tengku Kelana, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suspek kes tikam pelajar wanita berusia 16 tahun dipercayai terpengaruh dengan permainan video dan kandungan media sosial sehingga mendorongnya melakukan tindakan kejam dekat sekolahnya di Bandar Utama, Damansara, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun polis sedang menyiasat sebarang laman media sosial, permainan video dan sebagainya yang dilayari suspek sehingga memberi pengaruh sedemikian terhadapnya.

“Dalam kenyataan semalam, kita nyatakan suspek terpengaruh dengan media sosial. Media sosial ini luas, jadi kita beri ruang kepada polis untuk tentukan medium mana yang benar-benar beri pengaruh kepadanya.

“Permainan video berkemungkinan itu salah satunya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat premis-premis usahawan Little India sempena Sambutan Deepavali, di sini hari ini.

Malah, beliau menjelaskan tindakan pelajar berusia 14 tahun yang memakai sarung tangan itu dipercayai sebahagian daripada persiapan awal untuk suspek bertindak sedemikian.

Terdahulu, tindakan suspek yang bersahaja selepas melakukan pembunuhan menjadi perbincangan daripada di media sosial.

Ini termasuk daripada nota yang ditulis suspek berusia 14 tahun itu seperti ‘Zero Day’ yang dikaitkan dengan hari serangan terhadap NPC (Non Playable Character).

Dalam pada itu, Shazeli berkata, seramai dua lagi rakan suspek telah direkodkan keterangan menjadikan jumlah keseluruhan 59 individu kesemuanya.

“Ada lagi, kita akan berusaha dapatkan keterangan yang lengkap supaya satu dapatan yang konklusif dan membantu polis beri cadangan bernas kepada pihak Pendakwa Raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN