Polis cari pemandu Myvi potong barisan secara berbahaya

Polis cari pemandu Myvi potong barisan secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memotong barisan kenderaan secara berbahaya di Jalan Alam Sari, Kajang kelmarin menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera dirempuh.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, motosikal dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan sebelum berlanggar dengan kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan pemandu Myvi yang memandu secara melulu.

Katanya, akibat itu, penunggang motosikal itu cedera di bahagian jari dan lutut di sebelah kanannya.

“Polis kini sedang mengesan pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jika disabit kesalahan, pemandu boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta boleh dipenjara sehingga lima tahun.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Zaharin Taib di talian 019-3126746,” jelasnya.

Naazron turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah, mematuhi undang-undang jalan raya dan berhati-hati di jalan bagi mengelakkan kemalangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×