SHAH ALAM: Remaja lelaki warga Britain, David Balisong, 17, menetap di beberapa lokasi di ibu kota dan tiada kenalan tempatan sepanjang berada di negara ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mengesahkan penemuan semula mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini dekat sebuah premis penginapan di sekitar Kuala Lumpur hasil maklumat awam yang disalurkan kepada polis semalam. “Siasatan awal mendapati remaja itu tiba di Malaysia secara bersendirian dan menetap…