Ladang solar terapung terbesar di Bestari Jaya, mampu bekal 300 megawatt tenaga

Ladang solar terapung terbesar di Bestari Jaya, mampu bekal 300 megawatt tenaga

Ladang solar
AMIRUDIN Shari bergambar bersama wakil syarikat pelaksana Ladang Solar Skala Besar 5 (LSSB5) pada majlis pecah tanah pembangunan Projek Solar Skala Besar Bestari itu dekat Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Selangor membina ladang solar terapung terbesar di atas kawasan seluas kira-kira 430 hektar dekat Bestari Jaya, di sini, dan mampu menyumbang tenaga sehingga 300 megawatt kepada grid nasional.

Pembinaan ladang solar di atas kolam tadahan air itu juga merupakan projek terapung terbesar di Asia Tenggara dan dijangka siap menjelang Julai 2027.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan ladang fotovoltaik itu melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion, merupakan salah satu program pembangunan Ladang Solar Skala Besar 5 (LSSB5) kerajaan.

Katanya, Ia akan menyumbang kepada kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 40 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2035.

“Ia dibina di tanah milik anak syarikat kerajaan negeri dan dipajak kepada Worldwide serta syarikat terlibat untuk tempoh 21 tahun. Lebih 80 peratus solar terapung, manakala bakinya di atas tanah,” katanya, selepas majlis pecah tanah projek itu, hari ini.

Tambahnya, kawasan kolam takungan itu juga berperanan sebagai pembekal air mentah dalam Hybrid Off-River Augmentation System atau (HORAS) yang merupakan inisiatif kerajaan Selangor menggunakan bekas lombong sebagai kolam tadahan air mentah alternatif.

“Kebanyakan air atau badan air ini kawasan simpanan air mentah dalam projek HORAS sebahagian tak termaktub dalam projek. Air ini juga tidak digunakan secara aktif kecuali musim kemarau,” katanya.

Amirudin berkata, projek tersebut terletak di bawah tanggungjawab Bestari Solar Sdn. Bhd. (BSSB), konsortium diterajui Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra), Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan Rotaka Engineering Services (M) Sdn Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN