PETALING JAYA: Polis mengesahkan ugutan yang diterima isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli melalui aplikasi WhatsApp adalah kali pertama. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih berjalan termasuk mengesan individu yang menghantar mesej ugutan itu. “Semua masih dalam siasatan dan ia memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat. “Setakat ini keterangan sebanyak 14 individu telah kita ambil bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan…










