Premis kibar Jalur Gemilang terbalik diarah tutup 30 hari

Premis kibar Jalur Gemilang terbalik diarah tutup 30 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengarahkan klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian ditutup selama 30 hari selepas didapati mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik pada petang semalam sehingga tular di media sosial. 

Yang Dipertua MPPn Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan telah diserahkan kepada klinik berkenaan pada kira-kira jam 8.20 pagi ini. 

Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan MDP 2019, iaitu di bawah berkaitan pengibaran bendera.

“Setiap premis yang dilesenkan atau tidak dilesenkan di bawah UUK ini diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah yang betul bagi tempoh tertentu termasuk sambutan hari kebangsaan.

“Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua untuk menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal di Pejabat Daerah Pontian, disini pagi ini. 

Semalam tular dimedia sosial mengenai sebuah klinik pergigian di Pusat Perdagangan Pontian, disini yang didapati memasang Jalur terbalik. 

Tambah Abdul Azim, premis masih boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan itu. 

” Namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn,” ujarnya. 

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal menzahirkan rasa kecewa apabila insiden Jalur Gemilang terbalik kembali berulang di mana kali ini menlibatkan sebuah klinik pergigian di Pusat Perdagangan Pontian.

“Kita terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan berulang, apatah lagi melibatkan sebuah premis milik seorang doktor gigi. 

“Ianya amat mengecewakan kerana berlaku dibawah pentadbiran daerah Pontian,” ujarnya. 

“Oleh itu, saya menyeru agar masyarakat lebih berhati-hati supaya perkara sebegini tidak lagi berulang.”

Beliau seterusnya menyeru semua pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Johor memastikan bendera dipasang dalam keadaan yang sempurna dan tidak terbalik.

“Jika tidak pasti, mereka boleh merujuk kepada sumber melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial selain  mendapatkan panduan daripada pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan,” ujarnya. 

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 33 saat memaparkan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian swasta di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN