SHAH ALAM: Tindakan seorang lelaki meragut bukan sahaja gagal malah terus dicekup sebaik sahaja cuba melarikan diri selepas melakukannya dekat Jalan Setia Prima, Setia Alam, di sini, semalam. Suspek tempatan berusia 30 tahun itu diberkas orang awam selepas terjatuh dan cuba melarikan diri, kira-kira pukul 7.07 petang. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian suspek menaiki motosikal Yamaha 135LC yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya