PETALING JAYA: Beberapa lagi individu termasuk Datuk Seri ditahan bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) menerusi Op Northern Star baru-baru ini. Penahanan itu disahkan oleh Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi. Beliau berkata, butiran mengenai hasil Op Northern Star terbabit akan dikongsikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam masa terdekat. Pada…