Lelaki direman tujuh hari bunuh anak

Lelaki direman tujuh hari bunuh anak

SEORANG lelaki yang didakwa membunuh anaknya sendiri dikenakan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya sendiri dengan mayat mangsa ditemukan di Rompin di sini pada Isnin lalu telah direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak sehingga 7 Ogos ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek termasuk motif pembunuhan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8.52 pagi sebelum dibawa keluar dengan menaiki van polis berwarna putih kira-kira sejam kemudian.

Isnin lalu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof dilaporkan berkata, kira-kira pukul 4.30 petang, pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah menerima maklumat penemuan mayat seorang kanak-kanak di kawasan Rompin.

Menurut Ahmad Dzaffir, hasil siasatan awal mendapati kejadian awal berlaku di Johor Bahru, Johor di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, pada 24 Julai lalu.

Katanya, hasil bedah siasat ke mendapati punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher akibat jerutan pengikat kabel.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan pula berkata, suspek berusia 36 tahun diberkas pada pukul 12.20 tengah malam, 24 Julai lalu selepas lelaki itu membuat laporan kehilangan anaknya berusia enam tahun itu.

Menurut Kumarasan, berdasarkan laporan dibuat, suspek memberitahu anak tunggalnya itu kononnya hilang semasa ditinggalkan seorang diri di dalam kereta pada 23 Julai di kawasan Bukit Indah, Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×