MERSING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Mersing menahan enam kru vesel nelayan tempatan (VNT) kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di kedudukan 3.3 batu nautika Timur Laut Tanjung Kempit, semalam. Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua suspek ditahan pada pukul 10 pagi selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. “Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui dua tiub plastik lutsinar…