PETALING JAYA: Sebanyak 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pintu masuk utama negara akan diserahkan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) secara berperingkat bagi memperkukuh kawalan sempadan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, daripada jumlah itu, 132 unit mesin pengimbas dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Katanya, selaras dengan penubuhan AKPS pada tahun 2024, semua mesin pengimbas ini…