SHAH ALAM: Serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terhadap premis-premis di Pusat Komersial Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini semalam membawa kepada penahanan seramai 242 pendatang asing tanpa izin (PATI). Operasi dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) susulan kawasan berkenaan disyaki dibanjiri oleh warga asing sehingga terdapat antara mereka membuka perniagaan di sana dengan menyalahgunakan lesen perniagaan bukan milik sendiri. Penahanan yang dilakukan itu melibatkan 216 lelaki serta 26 wanita yang 88 daripadanya merupakan warga Bangladesh, diikuti Myanmar (51), India (35), Indonesia (30), Pakistan (22) dan Nepal (16).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya