Maritim Malaysia pantau sindiket promosi PATI dalam media sosial

Maritim Malaysia pantau sindiket promosi PATI dalam media sosial

PATI media sosial
MOHD. Zawawi Abdullah bertemu Duta Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki (tengah) dan Timbalan Komandan Operasi Japan Coast Guard, Laksamana Madya Kanosue Hiroaki ketika lawatan Kapal Peronda MIZUHO ke negara ini yang berlabuh di Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengenal pasti sindiket atau kartel pemerdagangan manusia yang menjalankan promosi melalui media sosial dari negara jiran untuk membawa pendatang tanpa izin (PATI) keluar dan masuk ke negara ini.

Malah, beberapa laluan dan modus operandi di Johor dan Selangor turut dikesan walaupun kerap berubah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bagaimanapun tindakan untuk diambil melalui sekatan dalam media sosial itu berdepan dengan kekangan dalam penguatkuasaan.

Menurutnya, Maritim Malaysia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan perkembangan sindiket berkenaan, namun terdapat had penguatkuasaan kerana ia berlaku di negara jiran.

“Masalah setiap tahun ada, yang menjadi masalah kebanyakan platfrom yang digunakan bukan dekat Malaysia, adalah media sosial yang mereka gunakan banyak di negara jiran kita.

“Jadi, untuk SKMM ambil tindakan memang agak sukar walaupun selepas setiap kali isu yang berkaitan dengan promosi balik ke sana dan sebagainya, negeri-negeri yang terlibat dan pihak Unit Komunikasi Korporat (UKK) sekali memantau berkaitan dengan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Kapal Peronda Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO, hari ini.

Tambah Mohd. Zawawi, pergerakan dan promosi yang dilakukan oleh sindiket berkenaan kerap berlaku ketika musim perayaan iaitu pada waktu sebelum dan selepas kerana mendapat permintaan tinggi sama ada untuk pulang ke negara asal serta masuk semula ke Malaysia.

“Melalui hasil risikan, maklumat awam yang diterima dari negeri-negeri terlibat dikenal pasti dan perancangan untuk melakukan satu operasi yang mungkin tidak mengekang keseluruhan, kerana aktiviti tersebut ia akan senyap sekejap kemudian timbul semula.

“Anggaran (jumlah sindiket) sukar juga untuk beritahu. Kalau dalam TikTok mungkin kita jumpa satu atau dua sindiket, tetapi (di luar) dia punya kartel atau pusher banyak. Kalau kita dapat hentikan satu, ia akan timbul lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran tindakan drastik akan diambil kepada semua sindiket apabila kesemua laluan dan titik panas (hotspot) di perairan dan jalan tikus di negara ini sudah pun dikenal pasti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN